Hukum
Menanam Rambut Di Kepala
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011
telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan
seperti berikut:
- Setelah
meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu
rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan
diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan
yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Sehubungan
itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala
adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan
menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada
unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.
No comments:
Post a Comment