Alkohol
Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang
disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal,
Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang
telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol
dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011
telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Setiap
minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan
semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi
dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
- Manakala
alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak
hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam
bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman
ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk
menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras
1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
- Manakala minuman
ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti
proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit
alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram
diminum.
- Makanan
atau minuman yang mengandungi alkohol secara
semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi
secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman
adalah tidak najis dan harus (boleh )
dimakan/diminum.
- Makanan
atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus
(boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan
dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk
akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar
alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang
mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan
diambil melalui proses pembuatan arak.
Macam mana nak tau alkohol asal dari mana..?
ReplyDeleteada lebal ka apa..?