Thursday, 29 March 2012

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN


KENALI...
APA ITU TAMADUN ?


Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. 


ASAL-USUL TAMADUN...



  • Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun'.
  • Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.

CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN...


  1. Bentuk agama yang tinggi.
  2. Negara yang tersusun rapi.
  3. Sistem undang-undang
  4. Kehidupan bandar.
  5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
  6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.


Menurut sarjana Barat, Darcy Roberio terdapat beberapa ciri-ciri bagi sesebuah tamadun iaitu :
  • Penyebaran teknik pertanian 
  • Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu 
  • Revolusi perbandaran 
  • Kemunculan bandar dan negara 
  • Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial 
  • Pertanian 
  • Perairan 
  • Teknik, bilangan dan kalendar 
  • Perkembangan kapal 
  • Penciptaan mata wang

DALAMI DEFINISI TAMADUN MENGIKUT BAHASA...


Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:


  • Bahasa InggerisPelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.

  • Bahasa Arab Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.

  • Bahasa MelayuAntara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu ‘d’ terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.
Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu “madani” sebagai tambahan kepada terminologi “tamadun”. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.



SARJANA ISLAM

  • IBN KHALDUNkemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepadapelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah.
  • RASYID RIDHAagama asas tamadun dengan unsur spiritual sebagai tonggak. 
  • SAID HAWAterbahagi dua, Islam dan Jahiliyah
  • SAYYID QUTBkemajuan berteraskan syariat Allah SWT bercirikan nilai moral Islam
  • ABU NASIR AL-FARABI(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.

SARJANA BARAT

  • Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.
  • Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.
  • Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.
  • Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni.


KESIMPULAN DALAM PENTAKRIFAN DEFINISI TAMADUN...


Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat. Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. 
Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. 
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak).


No comments:

Post a Comment