Hukum
Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah
membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah
memutuskan bahawa:
1.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah
diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana
tidak menimbulkan fitnah.
2.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di
kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku
lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu
dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang
digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,
manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua
gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi
lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin
semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
No comments:
Post a Comment